SIAKAP MERAH LAGI...

Rakan kita Jat Usharline telah mengikuti trip bersama salah seorang ahli dari TUBA pada 8 MAC 2010 yang lalu berlokasikan Selinsing....kita ikuti laporan yang telah dibuat oleh sekutu COMOT dari TUBA iaitu Bro Lohan Dell...

Pemandangan jeti Selinsing selepas dinaik taraf..

Persediaan awal untuk memastikan misi berjalan lancar

Menyusuri keluar dari alur ke Muara Selinsing...

Pelampung sosej yang digunakan untuk memancing Jenjulong sebagai umpan untuk kasting siakap...

Antara jenjulung yg telah berjaya dipancing

Umpan jenjulung yg sudah siap diikat dengan menggunakan dawai bunga telur...

Bergerak ke kawasan reba setelah jenjulung telah banyakdipancing..Kelihatan mata usharline dari gang COMOT bersinar-sinar seolah-olah ada satu sinar harapan untuknya nanti...

Salam untuk orang baru di bumi selinsing...setelah tip2 diberi dari ikatan perambut hinggalah cara-cara mengikat jenjulung dengan arahan karauan pelahan-lahan...2 kali lontaran sahaja yang dibuat telah berjaya mendaratkan sang siakap merah...terkebil-kebil mata aku melihatnya..

Diikuti oleh Bang Lie pula...lepas dia...dia lagi...lepas dia..dia lagi yg mendaratkan siakap merah..

dia lagi...

..dan lagi....dan lagi...lagi.....

..hasil dari double strike lohan dan bang lie...





Belukang oleh banglie...

..tetanda juga mencelah...

Pembukaan tirai menyaksikan Jat Usharline mendaratkan siakap merah dan penutupnya beliau juga....syabassss..nun jauh dari alur star datang memasuki alur selinsing..memang berbaloi..

Setelah banyak menyaksikan kes-kes rabut,akhirnya kami berjaya membawa pulang dengan hasil 10 ekor siakap merah dan seekor tetanda... sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan