TRIP AKHIR 2008 SEGANTANG GARAM


Segantang Garam, lubok persinggahan COMOT bagi melepas gian memancing laut. Kedatangan kami ke sini pada cuti kelepasan am yang lalu menyaksikan begitu ramai pemancing datang berkampung bagi memburu spesis yang diidamkan..

Disebabkan itu, terpaksalah kami menghabiskan masa menunggu pemancing lain yang bermalam di sana pulang terlebih dahulu bagi mengelak kesesakan ruang memancing.


Kereta pemancing dari serata ceruk bersusun-susun di kawasan parking Persatuan Nelayan Segantang Garam, menandakan kawasan ini juga agak popular sebagai destinasi pancingan muara di kawasan utara.

Di lubuk inilah kami bersama-sama telah mengecapi saat manis dalam persahabatan semasa COMOT bermula dengan nama Snakehead Angler.

Berikut merupakan antara foto-foto kenangan satu ketika dahulu bersama hasil yang diperolehi di pelantar sangkar ikan kepunyaan pemilik yang dikenali sebagai Abang Mie.














Kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan walaupun Snakehead Angler telah bertukar nama kepada COMOT.


Bagi menghilangkan kebosanan menunggu giliran menaiki bot, pemandangan kawasan sekitar yang indah dan mendamaikan menjadi santapan mata.






Satu demi satu pemancing yang datang berduyun-duyun pergi.. menambahkan keresahan di hati kami...
Lebih kurang jam 10 pagi barulah kami dapat bertolak ke sana.... walaupun semangat memancing dah mula goyah.. Dengan berumpankan sotong pasar, kembung, umpun-umpun dan umpan favourite udang hidup, kami teruskan jua misi penutup tirai 2008.







Facrol Kaki Paw menaikkan ikan pertama , tetanda berumpankan umpun-umpun yang sebelum ini merupakan umpan serbuan duri yang tak putus2 melahap.


Sedang leka melayan getuan ikan duri, joran Xjio berumpankan udang besaq pula melendut dibaham kerapu bersaiz meja makan nih... apa lagi...sembang deraih campur juah laaaaa lepas ikan dah naik !!!!


Hasil keseluruhan, bole laaa.... yang tak bestnya , bateri habis untuk gambar2 ketika menaikkan ikan terbaik keseluruhannya... gambar duri dan gelama takyah boh la erk... LALALALAA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan