Kunjungan kami kali ini ke Segantang Garam adalah untuk menduga kembali ikan-ikan yang berada di perairan tersebut dengan tema yang sama iaitu santai sambil memancing... Ahli yang turut serta adalah khairulhazman, xjio, olama sapiee dan juga pengunjung baru iaitu ahli baru COMOT saudara Penunggu dan tetamu kami saudara Wan Ekzos...

Kami bertolak dari jeti selepas puas menunggu.... ramai orang yang berkampung di sangkar abg mie semalam....jadi lambatlah kami bertolak..kena tunggu depa balik pulak..... adeiiiiii !!!!


Haaahhh... dah nampak pun pelantar Abang Mie... Amboi-amboiii..kaler ungu pulak dah.....hehehehe


Haaahhh... dah nampak pun pelantar Abang Mie... Amboi-amboiii..kaler ungu pulak dah.....hehehehe
Antara pengunjung sangkar ni... dah ramai sekarang.... ruang mancing pun dah terhad..... dulu punya la seronok... nak mancing kat mana pun takpe....
Masing-masing pakat melangu tunggu ikan makan.... sambil-sambil kopek kulit kacang goreng...
Burung merbah kapur milik sapa taktau... untong laaaaa dapat tengok pemandangan muara yang cantik...
Kami menikmati tong gas percuma yang dibekalkan oleh abang mie dengan memasak Maggi kari berlaukkan sotong.... manyak sedaplah...!!!!


Pelantar-pelantar kat sini dah diwarnakan dengan cat baru... kaya bang mie sekarang nih......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan