MENAWAN RAKSASA DI KERAJAAN TOAS


Alkisah ceritera bermola pada tanggal 9 OKTOBER 2008 bersamaan 9 SYAWAL 1429H hari Khamis di mana kerajaan COMOT telah diutos oleh laksamana kerajaan Toas sopaya menghantar panglima-panglima dikepalai dua maharaja kembar paling berpoaka untok menawan rasaksa sokoi dan konco-konconya yang diberitakan dengan kejamnya telah membunoh, memotong, mengatam dan memperkosa ramai rakyat kembong dan plata di kerajaan Toas. Maka beta selako Yang Molia Maharaja Ulong Berpoaka dan sahabat beta Yang Molia Maharaja Angkoh Bersiong Xjio mengutoskan laksamana kanan COMOT iaito Panglima Kalozt Tongko Nizar bagi menguroskan pemergian beta berdoa ke Kerajaan Toas ditemani Olama Piee selako Penasihat Maharaja dan Tongko Semail DA sebagai pemerhati merangkap pengawal peribadi maharaja untok serangan yang bakal diboat. Setelah segala persiapan diboat dengan penyediaan senjata-senjata ampoh dari keloaran Shimah-No, Abo Garsia, Bakly, Ofmar, Ekzos-Ga dan joga senjata-senjata pemotar dan propeller boatan manosia, maka kerajaan COMOT pada hari ito joga toron ke perairan kerajaan TOAS dengan penoh siap siaga bagi menggempor raksasa penjahat sokoi yang terkenal dan amat kejam ito !
Bahtera kerajaan COMOT hari ini dikepalai Nakhoda Mat Nor yang mengemodikan perjalanan kerajaan COMOT dengan tenang dan penoh karisma menujo Wilayah Tok Arib.


Seluroh bala tentera COMOT mola bertolak lebihkorang sajenak salepas ayam berkokok boat ketiga belas kalinya...





Coaca begito cerah sekali saolah-olah menandakan kemenangan COMOT dalam pertemporan kali ini.. tetapi rasaksa masih di air... Dapatkah bala tentera COMOT menewaskan beliao??? Sama-sama kita tonggo kesodahannya..... !!!!



Bagi meneroskan ceritera, bala tentera COMOT meneroskan perjalanan yang dirasakan begito lama sekali, hinggakan beta berdoa dan panglima-panglima hampir terlelap seketika, walaopon begito kami tetap bersiap-siaga...mana taho mosoh menggempor secara tiba-tiba ketika kami alpa...


Setelah agak lama belayar, bala tentera COMOT singgah di toas borek bagi mencari bandoan-bandoan yang terdiri dari bajingan borek dan pelata hidop ontok dijadikan ompan hidop menggoda rasaksa sokoi untok membaham mereka.



Walaopon simpati dengan jeritan meminta belas kasian bajingan borek dan pelata, apakan daya, demi negara mereka terpaksa berkorban darah dan ayer mata.. Biarlah mereka mati sebagai pejoang daripada merempat di penjara menghabiskan sisa-sisa hidop mereka.


Panglima Kalozt memeriksa bajingan borek ontok memastikan mereka masih hidop dalam kurongan yang disediakan.Setelah segala persiapan ompan dan segalanya berjalan lancar, kami menujo semola Wilayah Tok Arib dengan semangat yang meloap-loap berserta alonan gendang perang Laksamana Kalozt dan doa dari Olama Sapiee.


Kelihatan wilayah Tok Arib dari kejaohan, soasana ketegangan mola terasa, maharaja berdoa memerintahkan segala bala tentera memasang jerangkap dan senjata dengan segera bagi menggempor rasaksa yang sedang lena. Ketika ini foto diambil tergesa-gesa karena takotkan rasaksa sedar dari lena dan mengamok sebelom COMOT sempat bersedia.



Tiba-tiba....
Creeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttttttttttttt, sambaran pertama dari rasaksa.... apabila maharaja mola bertarong, kelihatan gigi-gigi rasaksa mencengkam senjata berpropeller boatan manosia hingga berdekatan tali otama, hanya berharapkan nasib sahaja sopaya tali tidak potos terkena besitannya.. Rasaksa sokoi anggaran 5kg sodah hampir dicangkok apabila libasan kepalanya untok kali terakhir berjaya mengena giginya di hadapan mata maharaja dan panglima. Maka terlepas seekor rasaksa boat kali pertama.


Sambaran kali kedoa rasaksa mengena lagi senjata. Berbekalkan kekesalan kali pertama tadi, Maharaja Ulong bertekad ontok menewaskan rasaksa ini dan Nakhoda Mat Nor berjaya menombaknya naik untok diaroahkan.


Begito joa sambaran ketiga, Maharaja Ulong berjaya menompaskan rasaksa tanpa belas kasihan.. Kelihatan Olama Sapiee mendoakan rasaksa yang telah menjadi jenazah dengan penoh kesayoan...


Rasaksa sokoi ini joga nampaknya memponyai musoh dalam selimot kerana dibinasakan apabila kekoatannya mola berkorangan oleh sekutonya rasaksa tenok / alo-alo... " Adooh ponggongko !!!! " jerit beliao !!!!! Kelihatan darah segar menitis-nitis apabila ponggongnya dilahap rakos oleh Rasaksa Tenok !!!!!


Nakhoda Mat Nor joga turot sama memburo saki baki rasaksa sukhoi bagi melengkapkan serangan bala tentera COMOT sopaya kemenangan nyata berpihak kepada penggempor ulong kali ini..


Anak rasaksa tenok/alo-alo yang akhirnya tompas satelah membedal apollo berompan milek nakhoda mongkin kerana tiada tertahan kelaparan yang tidak terhingga....




SEDAR TAK SEDAR...Panglima Kalotz berfoto penoh kemegahan setelah kompao agak lama bersama rasaksa yang mati ditombak. Sato demi sato rasaksa mola ditombangkan.
Dalam keghairahan memburo Rasaksa Sokoi, rasaksa lain joga menjadi mangsa kesunggohan pengawal peribadi opahan maharaja iaito Tongko Semail DA yang menewaskan rasaksa Ebek /Cermin /Sagai menggonakan senjata apolo berompan.
Tongko Semail hampir menangis kerana ketakotan pada rasaksa tersebot yang hampir memonahkan senjatanya.
Setelah rasaksa ditompaskan, barolah Tongko Semail mampo tersenyom penoh debaran.




Antara senjata berbolo baro yang digonakan Panglima Kalozt dan berjaya menompaskan rasaksa di Wilayah Tok Arib dengan kerakosan yang ketara.


Bala tentera memongot anak cuco rasaksa yang turot terbunoh digempor kerajaan COMOT untok dikebomikan.


Maharaja Terulong Berpoaka, Maharaja Angkoh Bersiong dan Panglima mengabadikan kejayaan walaopon masih ramai rasaksa yang melarikan diri.. Walaopon begito, keamanan mola wojod kembali di Kerajaan Toas. Khabarnya kerajaan-kerajaan lain joga berbondong-bondong turon bagi mengemodikan serangan ke atas saki baki rasaksa yang masih berkeliaran.Menjelang matahari mola berada di ufok , kerajaan COMOT mola bergegas polang kerana bondongan awan kelam mola kelihatan di pelabohan. Nakhoda Mat Nor dengan tenang mengemodikan bahtera walaupon dalam titisan hojan lebat dan angin koat yang memukol. COMOT polang dengan gelora ombak di laot dan joga di dada...!!!!!

Tiba sahaja di pelabohan, seluroh bala tentera segera bergambar dengan rasaksa yang ditewaskan sebelom membahagi-bahagikan antara masing-masing untok dikebomikan melaloi kaedah disalorkan melaloi esofagus dan dicerna oleh asid uric sebagai salah sato cara melenyapkan rasaksa ini untok selamanya.



Opacara melapah rasaksa sokoi yang penoh kengerian, darah memercik keloar menandakan bermolanya saat2 kematian yang abadi. Begito joga dengan anak coco mereka yang dikebomikan tanpa dilapah terlebih daholo.



Kerajaan Toas kembali aman dari amokan raksasa yang ganas ito walaopon masih ada lagi saki baki raksasa yang dikhabarkan akan mengator serangan kembali. COMOT akan kembali memburo jika mereka mengganas lagi.

Sekianlah alkisah ceritera pengliporlara COMOT dalam episod Menawan Rasaksa Di Kerajaan Toas.. segala salah silap harap dimaafkan... Kami dari kerajaan COMOT berpoas hati dengan gemporan kali ini walaopon hasilnya tak seberapa. Diharap segala caci nista, tegoran, maki hamon dan kutokan yang terhasil di sepanjang serangan kali ini harap dilopakan, Jika tidak berpoas hati loahkan saja...

VIDEO PERTARONGAN SILA LIHAT DI BAWAH
Harap Maklom...


VIDEO PERTARONGAN MAHARAJA ANGKOH BERSIONG


VIDEO PERTARONGAN MAHARAJA POAKA ULONG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan