MOZAKARAH COMOT - TUBA ON SEVEN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Tarikh : 16 Julai 2009
Hari : Khamis
Jam : 6.30am – 6.30pm
Lokasi : Kapal Karam, Yan
Ahlul Komplot :Lohan Dell (Kapitan), Baung Tapah, Shidi, Wakfishingczar, Xjio (COOLIE) dan Usharline (Jurufoto)

Seperti yang dirancangkan, tawaran terbuka dari Otai tenggiri (Lohan Dell) telah mempelawa ahlul MFN untuk turun bertempur di perairan Yan. Trip pada mulanya naik di Sg Pial terpaksa di tukar ke Kuala Singkir Laut disebabkan bot tekong baru separuh siap dibaiki (upgrade) manual kepada Power Stering.

Walaupun bot masih belum sempat dipasang cermin dan belum di cat lagi, tekong tetap memberi servis yang terbaik…

Trip yang pada mulanya turun pada jam 7.00 pagi di Kuala Sg Pial terpaksa dipercepatkan kepada jam 6.00 am kerana kedudukan bot yang berubah ke Kuala Singkir Laut kerana air surut cepat pada pagi tersebut.


Kapitan trip (Lohan) berjanji menunggu ahlul komplot di Simpang 3 Singkir utuk cukupkan korum. Lohan dan rakan lain semua sampai tepat jam 6.00am manakala Shidi and da gang (KL) terlewat sampai memandangkan ahlul yang sakit perut dan membeli bekalan untuk santapan di bot. Tekong bang Mat menelefon lohan untuk mempercepatkan naik ke bot agar sempat bertolak memandangkan air semakin surut. Dengan kuasa yang ada sebagai kapitan, lohan dengan segera telefon Shidi supaya segera datang ke Pengkalan untuk bertolak… Dengan kelajuan maksimum, toyata wish meluncur laju dan terus menghala ke jeti Singkir Laut. Sampai sahaja di jeti kami terus loading barang ke bot bang Mat. Bang Mat yang tercegat menunggu kelibat kami terus memanaskan engine bot untuk mengelakkan tersekat di dalam pengkalan itu. Berkat kecekapan Tekong Bang Mat, kami Berjaya keluar dari pengkalan tersebut walaupun air semakin surut..


Keluar sahaja dari pengkalan Singkir, Tekong Bang Mat terus memecut laju ke destinasi yang dituju. Dengan kelengkapan GPS, bang Mat memecut bot dengan lajunya dengan menggunakan Power Stereng yang baru dipasang pada botnya… Tidak sampai 2 jam, kami sudahpun sampai ke Lubuk yang dituju iaitu Kapal Karam. Bang Mat terus parking bot di tengah-tengah kapal karam dan melabuhkan sauh.

Kami pun terus mengapollo umpan hidup pada pagi itu, namun usaha kami hampa. Tidak ada seekorpun ikan yang sudi menjamah Apollo kami walaupun sudah beberapa kali kali cuba. Kebiasaannya di kapal karam, ikan selar kuning sangat banyak, namun pada hari ini tidak ada seekorpun yang sudi menjamah Apollo kami. Setelah penat Apollo, kami berhenti dan menggunakan kembong kojol sebagai umpan casting. Lohan pada mulanya menggunakan teknik membulu, mendapat sambaran pertama, namun agak hampa kerana rabut.

Tidak berapa lama selepas itu, Shidi pula menerima sambaran hasil karauan umpan pemutar (Spinner) kembong, namun rabut juga..Tidak lama selepas itu, xjio pula menerima sambaran hasil karauan kembong kojol dan Berjaya menaikan seekor tenggiri jevenil.

Wajah Xjio sangat gembira kerana Berjaya memecahkan rekod kumpaunya 6 kali berturut turut pada tahun ini untuk memperbaharui lesen tenggiri pada tahun ini.



Tidak sempat xjio menunjukkan keegoannya, Lohan pula mendapat sambaran dan Berjaya menaikkan seekor tenggiri berskala 4 kg.


Shidi yang berada di sebelah Lohan telah “berdarah hidung” kerana melihat Lohan Berjaya menaikkan tenggiri, sekaligus panas telinga hasil sindiran dari lohan dan rakan-rakan. Belum habis hilai ketawa, usharline pula Berjaya mendapat sambaran pertama dan Berjaya menaikan tenggiri skala 3 kg ++ ..


Selepas itu, uncle Fishingczar pula dengan selambanya menaikkan tenggiri berskala 2 kg di belakang bot.. Shidi terus “berdarah hidung” dan mengubah posisi ke hadapan bot. Tekong sempat juga menyindir shidi.. “Takkan merajuk kot…” Shidi jawab, tak dapat ikan besar, ikan kecil pun jadilah sambil mengapollo berumpankan hirisan kembong.



Hari semakin meninggi, sambaran tenggiri agak suram. Tapi semua ahlul berusaha tanpa berasa penat untuk mendapatkan tenggiri. Hasil dari usaha itu, xjio Berjaya menaikkan seekor tenggiri juvenil juga disamping memecah kebuntuan suasana pada pagi itu. Setelah beberapa kali rabut dan putus tali kerana dipotong oleh tenggiri.




Kemudian Lohan pula Berjaya menaikkan tenggiri...


Tidak lama selepas itu, usharline pula mendapat sambaran dan Berjaya menaikkan tenggiri.Tenggiri semakin frenzy, dalam masa itu juga fishingczar Berjaya menaikkan tenggiri berskala 3kg. Ini merupakan trip pertama beliau ke Kapal Karam Yan dan telah Berjaya mendaratkan 2 ekor tenggiri. Manakala wak masih belum mendapat apa-apa hasil. Begitu juga sahabat kami, Baung Tapah yang tidak sedarkan diri kerana mabuk yang keterlaluan. Kesian Baung kerana tidak dapat berjuang bersama-sama kami walaupun telah beberapa kali cuba untuk casting. Akhirnya Baung akur dan terpaksa merebahkan diri di dalam kabin bot.


Hari semakin meninggi, sambaran semakin sepi.. Air laut bertukar arah,(air pasang) ikan tidak lagi aktif. Tekong mengambil inisiatif untuk memasak juadah tengahari untuk kami. Menu Tenggiri masak tomyam, sambal tempoyak dan timun… Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana rasanya makan nasi di tengah lautan berulamkan timun sambal tempoyak… (Maaf gambar tidak sempat dirakam) Sedang tekong sediakan bahan memasak tiba-tiba satu strike telah mengena hasil casting usharline. Tenggiri skala 3 kg didaratkan.

Pada sebelah petang, air semakin kotor, keadaan air yang agak keruh dan cuaca yang mendung menyebabkan ikan kurang aktif. Kami hanya sekadar mampu memanjangkan tangan apabila tiada sebarang sambaran pada sebelah petang.. Teknik bottom juga tidak berhasil kerana keadaan air yang agak keroh. Terpat jam 5.00 petang kami pon bertolak pulang. Alhamdulillah kerana kami sempat sampai ke Kuala sebelum air surut hasil rempitan bot bang mat...Hasil tangkapan kami ialah 9 ekor tenggiri (Seekor dijadikan lauk)


Gambar kenangan bersama ahlul komplot.... jumpa lagi nanti....
Pesanan dari Poaka Ulong ..." EHERMMM !!!!!....BILA NAK LAWAN LAGI...?????? "
BERITA OLEH USHARLINE NEWS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan