RAYA DI KAPAL KARAM YAN


Seperti yang telah dirancangkan... satu perlawanan antara dua gergasi dari utara iaitu pasukan COMOT dari Kedah dan pasukan TUBA ON SEVEN dari Pulau Pinang telah diadakan pada tarikh 28 September 2009 bertempat di Kapal Karam Yan.

Pasukan COMOT membariskan pemain-pemain terkemuka mereka iaitu Sang Kalozt Usharline, Poaka Ulong dan Xjio Dacapo al Estate manakala TUBA ON SEVEN membariskan pemain mereka yang tidak asing lagi iaitu Lohan Dell Sukhoi Hunter, Man Captiva dan Che Mud.... perlawanan kali ini juga membariskan pengadil perlawanan iaitu Cik Abe yang ditaja khas oleh TUBA ON SEVEN....

Semua pemain bertolak dari jeti Tanjung Dawai atas faktor keselamatan memandangkan lapangan terbang di sana dipenuhi kawalan keselamatan yang optimum dan dipenuhi pengawal keselamatan bersenjata. Limousin yang membawa pemain kedua-dua pasukan  dapat dipastikan jaminan keselamatannya sepanjang mereka berada di pentas pertarungan nanti....


7.00 pagi.... Kelihatan Xjio sedang merenung di kejauhan mengenangkan nasibnya sebentar nanti....kelibat Bang Mat untuk membawa kami ke pentas pertarungan  masih belum kelihatan...apa Bang Mat tak sudi membawaku ke lubok keramatnya kah ?....bisik hati Xjio sedikit gundah...


Setelah kuapan untuk kali ke limabelas...barulah bot Bang Mat mula kelihatan ... Xjio menarik nafas kelegaan.... begitu juga dengan Captiba.... mengangkat tangan seraya menyebut "Yeay Yeay..."....hati masing-masing mula berbunga kesukacitaan ......


Setelah barang dan kelengkapan siap dioplod... kami bertolak dengan pelbagai perasaan.... gembira ada...kecamuk pun ada... mengenangkan pertarungan yang akan bermula sebentar nanti...


Bang Mat... tekong kapal karam yang amat tersohor ketika ini.... Dengan servis yang tip top dan tidak mengira masa.... paling best...masakan beliau dengan bunjut rahsia yang tak lekang dibawanya bagi santapan pemancing yang menggunakan khidmatnya... "Ok ready semuaaaa.... Lesko bebeh...."... kata
Bang Mat penoh ceria....


Lohan dell dan Abe memerhati burung-burung camar yang mengiringi pemergian kami... Abe merupakan muka baru dalam dunia pancingan laut... kehadiran beliau adalah sebagai pengadil bagi pertarungan TUBA-COMOT bagi menentukan juara kali ini milik siapa...


Perjalanan terasa amat jauh.... Masalah penghadaman yang menghantui Poaka Ulong sepanjang hari raya mengakibatkan trip kali ini merupakan yang paling perit buat beliau.... Setibanya di lokasi... beliau tidak tahan lagi dan menghamborkan apa saja yang ada di dalam usosnya sebagai umpan pemikat kepada anak-anak kembung dan selar untuk menjamu selera di kawasan legaran bot kami seterusnya mengundang pemangsa yang dihajati iaitu sang tenggiri berkepala sukhoi......kad kuning pertama untuk beliau...


Lontaran dari Lohan dell telah menyebabkan TUBA mendahului 1-0 pada awal pertarungan... dengan satu lagi sentapan mengena joran Che mud menjadikan kedudukan 2-0....  Poaka ulong yang masih ingin mencuba nasib dinasihatkan berehat setelah mendapat kad kuning kedua dan ketiga berturut-turut.... dan ini menyebabkan beliau dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan... Ketika ini juga pengadil perlawanan juga melampaui batasan dengan rekod tenggiri pertama beliau tetapi jaringan dikira disqualified kerana beliau tiada dalam senarai pemain.... hanya sekadar pengadil perlawanan yang mencuri peluang di kala pemain yang lain kelekaan...


Walaupun pasukan COMOT hanya tinggal dua pemain... serangan yang padu dan jitu diatur oleh Usharline dan Xjio bertalu-talu hinggakan Xjio berjaya menyamakan kedudukan dengan menaikkan tenggiri 2 kali berturut-turut di sambut dengan sorakan dari Bang Mat selaku penyokong tunggal .....
Yang menghairankan tiada tiupan wisel penanda jaringan oleh pengadil....di manakah beliau.??..apakah pengadil juga ingin mensabotaj COMOT???? ....Owhhh....Rupanya pengadil juga telah mendapat kad kuning dan merehatkan dirinya di lantai bot....kih kih kih....


Hemmm....dalam diam juga... satu-satunya penyokong tunggal juga telah menaikkan dua ekor tenggiri yang hanya menunggu masa untuk dikorbankan buat santapan para pemain...


Satu lagi muntahan tali dari joran telah menjadikan TUBA kembali mendahului dengan tenggiri dari Che Mud... COMOT ketinggalan 3-2 .... Sehabis mendahului...Che Mud juga dikenakan kad kuning oleh pengadil dan dipaksa berehat di dalam kabin kerana kepeningan diasak tenggiri yang berjuang mati-matian...


Lohan Dell menjarakkan lagi kedudukan dengan mendaratkan seekor lagi tenggiri setelah dipintas Usharline yang mengekori rapat dengan seekor tenggiri sebelum itu.... Pertarungan amat sengit dengan Xjio dari COMOT menyamakan kedudukan 4-4 ketika Poaka Ulong dan pengadil mengganggu rentak permainan beliau dengan membaringkan diri mencari cahaya matahari ...


Kedudukan berubah 5-4 apabila Captiba yang sunyi sepi akibat penangan kumpau terlalu lama telah memecah kebuntuan sendiri dengan seekor tenggiri pengubat kesepian beliau..... keadaan selepas itu berubah suram apabila tiada lagi aksi menarik ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan walaupun masing masing berjuang hebat mencari gol kemenangan.

 
Lohan Dell mencuri peluang untuk melelapkan diri setelah usaha menambah jaringan menemui jalan buntu dengan pesanan bila ikan makan nanti jangan buat-buat lupa pulak kejutkan aku....


Pada ketika ini Bang Mat sebagai penyokong tunggal perlawanan kali ini mengambil inisiatif menyediakan makan tengahari untuk pemain dan pengadil yang terlibat... Menu yang disediakan adalah kari tenggiri special bersama sambal belacan ala kapal karam yang menyebabkan semangat Captiba dan Xjio melonjak-lonjak selepas makan kerana menu kegemaran keluarga mereka sejak turun-temurun disediakan oleh Bang Mat dengan untuk dinikmati mereka dengan rakosnya.....


Kelihatan Man Captiba begitu rakus memegang sudu kari dengan tangan yang bersisa lendiaq tenggiri diperhatikan oleh Usharline dengan penuh meloya.... Xjio hanya mampu memerhati bimbang Captiba menghabiskan kari tersebut kerana pinggannya masih berbaki nasi... Nak tegur nanti sentot pulak kawan tu nak makan....bisik hati beliau...


Selepas menikmati hidangan.... pertarungan diteruskan.... masing -masing mula melontar umpan ke kawasan
yang dijangka berpotensi menaikkan ikan... pada ketika inilah satu ragutan mengena joran Usharline dan menjadikan COMOT berada dalam kedudukan selesa 5-5... pertarungan menjadi semakin sengit... Xjio yang mengambil posisi hadapan mula berubah ke belakang dan menjadikan kawanan tenggiri semakin teruja di kala ini menyampar umpan yang melayang-layang di kawasan legaran mereka...Ketika ini TUBA kembali mendahului dengan Captiba terkekek-kekek keseronokan mendapat bayi tenggiri sekaligus mendahului COMOT kembali dengan satu mata....
Hamboran berkali-kali membuahkan satu ragutan kasar mengena joran Lohan Dell tetapi steel yang digunakan putus dikatam tenggiri....masih kekal kedudukan 6-5 dan pemain pasukan COMOT mendengos kelegaan...begitupun..Bang Mat selaku pemerhati perlawanan memberi amaran perlawanan terpaksa ditamatkan lebih awal kerana bunga-bunga pusaran awan menunjukkan angin kuat bakal melanda stadium Astro... hanya tinggal lebih kurang 30 minit sebelum beliau terpaksa membunyikan wisel penamat menggantikan pengadil yang telah menarik diri.


Lohan Dell yang agak keciwa dengan kejadian sebentar tadi kembali dengan perambut yang baru... Doanya yang tidak putus-putus membuahkan hasil apabila satu sambaran mengena kail beliau dan menyebabkan Lohan Dell melebarkan jurang kemenangan kepada 7-5 .... ketika ini awan yang membawa angin kencang semakin hampir... Bang mat memberi masa tambahan beberapa minit sebelum wisel penamat bagi memberi peluang pada COMOT mendekatkan jurang...


Akhirnya satu sambaran lagi mengena peluru milik Lohan Dell ....Bang Mat tanpa segan silu dan penuh bergaya meniup wisel penamat dan memberi kemenangan mutlak dalam perlawanan kali ini kepada pasukan TUBA ON SEVEN dengan keputusan perlawanan 8 berbalas 5... Maka berakhirlah pertarungan yang hebat dan sengit antara dua pasukan terulung dari utara tanahair...... pasukan yang berjaya diucapkan tahniah dan pada yang tidak berjaya ...cuba lagi di lain ketika...



Selepas perlawanan, pemain dari kedua-dua pasukan saling bergambar... tak kira sama ada pengadil ataupun pemain yang telah dikenakan kad .... masing-masing bergembira dan menunjukkan semangat kesukanan yang tiada tolok bandingan...Tahniah sahabat semua..



Antara hasil-hasil jaringan oleh kedua-dua pasukan.... Man Captiba membaringkan diri tanda syukor yang tidak terhingga kerana beliau masih lagi dapat membuat jaringan walaupun telah layak digelar kuda tua.... syabas bette....


...jaringan yang tidak dikira kerana pemain telah mengofsaidkan diri mengapolo secara curi cencaru...



Lohan Dell selaku kapten pasukan Tuba diberi kepercayaan untuk membahagikan hasil kemenangan kepada para contestant... semua peserta pertandingan mendapat hasil yang sama rata dan berpuas hati dengan undian yang telah dijalankan..



Kami semua beredar pulang setelah mentari mula terbenam... semoga pertarungan dapat diadakan sekali lagi ketika kedua-dua pasukan dapat menyediakan diri dengan kesihatan dan stamina yang secukupnya bagi menjamin satu perlawanan yang lebih hebat dan sengit dengan kesemua pemain dapat bermati-matian memancing dengan hati dan semangat yang kental....Insyaallah...




BERITA OLEH POAKA NEWS

2 ulasan:

  1. jelesnya bro...mintak no tel tekong boleh tak bro?email aku,seediey_kb@yahoo.com.

    BalasPadam