HARUAN PENUTUP TIRAI 2009

Bulan November hingga Disember.... musim timur /kering bagi kawasan utara...menyebabkan paras air sungai menjadi rendah dan haruan yang terdapat di dalamnya akan menjadi mudah untuk dipancing...
.

Di sebuah kawasan yang menjadi rahsia COMOT.... Xjio dan Toman Alor sama-sama berganding tenaga memburu spesis yang bermaharajalela di setiap tali air negeri Kedah iaitu sang haruan... Awal pagi lagi mereka telah menyiapkan pelbagai jenis umpan tidak kira daipada katak hidup hinggalah umpan imitasi seperti spinnerbait dan soft plastic bagi menjerat penyambar umpan hidup tersohor ini...


Antara hasil yang diperolehi mereka pada minit-minit awal...tidak kira kecil besar..semuanya akan disapu untuk dijadikan sajian bagi mereka yang memerlukan... ini kerana haruan mempunyai zat pemakanan ya ng tinggi dan dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit terutamanya luka-luka akibat pembedahan...


Spinner jenama Vibrax yang menjadi taruhan Toman Alor berjaya memperdayakan  haruan yang pelahap seperti tuannya...hehehe...



Haruan yang diperolehi mereka ...sangat lumayan...


Di lokasi rahsia Poaka Ulong juga haruan mudah diperolehi dengan boleh dikatakan keseluruhan kawasan saliran-saliran sawah padi mempunyai stok haruan yang banyak ketika ini.... dengan hanya menggunakan umpan tiruan sahaja haruan masih mudah untuk diperdayakan...ini mungkin disebabkan populasi ikan yang banyak mengurangkan jumlah makanan semulajadi yang menyebabkan ikan berebut-rebut membaham apa juga yang jatuh di depannya...








Sambil -sambil casting tu kena pulak satu ragutan yang menggila...dok baca ikan ruan bagak la...rupa-rupanya linang kuning yang menyambar..... kira bonus la nih....



Di atas ni pulak hasil Kron Bokkai menjelang penutup 2009... maka ikan penutup bagi COMOT tahun ini hanyalah haruan sahaja.... kira okla...mau dapat seluang lagi hampes.... Selamat tahun baru dari COMOT...

4 ulasan:

  1. haha...grm toi aku tgok...hadoiii

    BalasPadam
  2. jeles pa mizlan...snakehead sana lagi buat kami jeles...bagak gila...mau ada lawatan pi belah sana,,,kami nak pi cari hang....!!!!

    BalasPadam
  3. sampai hati hangpa tak ajak aku pi mancing sama.... hehe..

    BalasPadam