PENONGGO : GIGANTIC SULTAN FISH

Tarikh : 8 Mei 2009
Masa : 7.30 pagi
Lokasi : Port Rahsia COMOT Wang Tepus

8 Mei 2009, Penonggo bersama 2 orang rakannya bergegas ke lokasi pancingan kira2 jam 12.00 tengah malam bagi melepaskan gian memanceng...

Dengan berumpankan perut ayam, mata kail saiz 16 berperambut dawai dihanyutkan tanpa ladung ke tengah sungai yang berarus..

Malam itu, hanya beberapa ekor lampam dan seekor baung sahaja yang dinaikkan..
Tiada gambar diambil kerana kawasan pancingan adalah dilarang dari sebarang pencahayaan kerana spesis yang diburu adalah jelawat yang sensitif terhadap pergerakan cahaya yang keterlaluan.

7.30 pagi... satu ragutan yang membentuk joran menjadi huruf U mengejutkan Penonggo dan rakannya... Nasib baiklah joran telah diikat pada tunggul pokok dan menyelamatkannya dari menjadi tukun. Sentapan yang dibuat telah mencangkukkan mata kail dengan kemas pada kerongkong ikan. Ikan dihela dengan segera ke tepian dan sorakan gembira kedengaran menyelubungi hutan Wang Tepus pada waktu itu..




Muat-muat saiz seat motor Honda Ex5.


Kail saiz 16 berperambut dawai tertancap kemas pada kerongkong..


Reel yang digunakan... TOMMAN CAP AYAM jaaa tapi dah cukop banyak berjasa pada tuannya...


Operasi mengatam ikan... tak larat makan la pulok besau sangat...




Teloq jelawat goreng bertatahkan bawang.... Sedap sunggoh laaaaa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan