
Hasil terbaru dari saudara Xjio yang telah lama mengidam untok menaikkan haruan besar berpuaka.. Dengan belas kasihan dari Poaka Ulong maka Xjio menangis setelah berjaya menaikkan haruan bagak di lubok tersohor Poaka Ulong. Lihatlah wajahnya yang baru selesai mengelap airmata kegembiraan.


Bagi pemancing haruan, musim timur sangat ditunggu-tunggu kerana pada ketika ini air sungai akan surut ke paras maksimum dan dasar sungai yang berteluk akan menjadi kediaman haruan bersaiz besar membuat serang hendap. Pada waktu sebegini kita dapat melihat ramai pemancing tertinjau-tinjau mencari kelibat haruan yang biasanya melepak di tepi-tepi tebing menunggu makanan enak yang terdiri dari anak-anak seluang dan seterusnya membuat sambaran.
Katak berproppeler yang digelar "katak komoq" oleh COMOT popular setelah diDVDkan oleh salah sebuah majalah memancing tempatan..

Pelbagai teknik digunakan untuk memancing haruan sama ada menggunakan teknik paling popular iaitu casting katak hidup ataupun umpan tiruan. Bagi peminat haruan yang mengambil jalan mudah, teknik menahan taut / tajur sering dilakukan berumpankan katak atau anak ikan.

Antara umpan tiruan yang paling mendapat perhatian adalah spinnerbait/janggut, soft plastic dan juga katak plastik berproppeler. Musim kering ini juga merupakan antara sebab pemancing memilih untuk menggunakan umpan tiruan kerana bekalan katak hidup untuk dijadikan umpan agak sukar diperolehi.

memang hasil yg amat memberansangkan.tahniah buat semua ..
BalasPadam